~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

LAST ENTRY 2010...


Hari ini, Jumaat-31 Dis 2010 bersamaan dengan 26 Muharam 1432H…
My activity, p shopping n tengok wayang kat Pasific Megamall, Penang dengan kak ika..

I juz bought 2 little stars…they are so cute.. I like them so much..
Saje je beli bintang2 kecik tu nk buat teman utk incik bintang yg telah diberi oleh si dia..hihi


2010 akan melabuhkan tirainya beberapa detik dari sekarang..

Then, muncul pula 2011.. 
Selama 365 hari saya melalui setiap saat dlm tahun 2010, terlalu banyak suka duka, pahit manis yang saya hadapi bersama insan-insan di sekeliling saya. Sesungguhnya, setiap yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Semuanya memberikan pengajaran dan pengalaman yang sangat berharga untuk dijadikan teladan dan kenangan yang teramat indah biarpun ada beberapa insiden yang melukakan hati dan perasaan..

Coretan 2010..
-Permulaan…
-Pertemuan, perpisahan..
-Sesuatu untuk disyukuri, sesuatu untuk dikesali..
-Nikmat, dugaan, cabaran..
-Kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan, kegemilangan..
-Debaran, ketakutan, kesusahan, kepayahan, kegagalan, kejayaan..
-Pengalaman, kenangan…

Kepada semua yang terlibat dalam hidup saya secara langsung atau tidak langsung pada tahun ini, THANX A LOT TO ALL OF U 4 EVERYTHING THAT WE SHARED TOGETHER..REALLY2 APPRECIATE...

Selamat tinggal 2010..

Friday, December 24, 2010

OUR BLOOD PRESSURE...


Nak kongsi sedikit info tentang Tekanan Darah...
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.
  • Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
  • Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa kita rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah kita tinggi, doktor kita akan memeriksa semula tekanan darah kita untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah kita yang sebenar.
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi (hypertension).
  • Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.
  • Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
  • Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
Apa itu Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet.
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • cepat haus
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipam oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volume darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.
Sumber http://www.thetole.org
Paras tekanan Darah (mmHg)
210 – 120 – Stage 4 High BloodPressure
>180 – 110 – Stage 3 High Blood Pressure
>160 – 100 – Stage 2 High Blood Pressure
>140 – 90 – Stage 1 High Blood Pressure
>140 – 90 – BORDERLINE HIGH
> 130 – 85 – High Normal
> 120 – 80 – NORMAL Blood Pressure
> 110 – 75 – Low Normal
> 90 – 60 – BORDERLINE LOW
> 60 – 40 – TOO LOW Blood Pressure
> 50 – 33 – DANGER Blood Pressure


Normal Blood Pressure - Blood pressure reading below 120/80 is considered normal.

High Blood Pressure - Blood pressure of 140/90 or higher is considered high blood pressure. If one or both numbers are usually high, you have high blood pressure.


Low Blood Pressure - Blood pressure that is too low is known as hypotension. The similarity in pronunciation with hypertension can cause confusion.


                                 High Blood Pressure Range

Systolic pressure (mm Hg)
Diastolic pressure (mm Hg)
Stages of High Blood Pressure
 210
 120
 Stage 4
 180
 110
 Stage 3
 160
 100
 Stage 2
 140
 90
 Stage 1


                               Normal Blood Pressure Range

Systolic pressure (mm Hg)
Diastolic pressure (mm Hg)
Pressure Range
 130
 85
 High Normal Blood  Pressure
 120
 80
 Normal Blood Pressure
 110
 75
 Low Normal Blood  Pressure



                                 Low Blood Pressure Range
Systolic pressure (mm Hg)
Diastolic pressure (mm Hg)
Pressure Range
 90
 60
 Borderline Low blood  Pressure
 60
 40
 Too Low Blood Pressure
 50
 33
 Dangerously Low Blood  Pressure

  

What should my blood pressure be according to my age?
This chart shows the average blood pressure range by age.


CaLculate your predicted maximum heart rate by using the calculation: 220 - (age) = Age Predicted Maximum Heart Rate.

Read more: http://www.disabled-world.com/artman/publish/bloodpressurechart.shtml#ixzz191h6YSGs

Sunday, December 19, 2010

BILA SELSEMA MELANDA....

Sejak seminggu yang lepas, adik saya mengalami demam selsema.. kesian dia.. nak mkn pun takda selera.. asyik bawak sapu tangan je coz hidung berair.. dah ajak dia p klinik, tapi dia tak nak lak.. degil betul adik akak tu ye.. sanggup makan panadol je.. sampai sekarang pun lum betul2 sembuh..

N now, suhu badan ni rasanya dah lebih panas daripada biasa, hidung pun dah berair, tekak lak dah rasa semacam je.. nampaknya, ni petanda bahawa diriku akan diserang demam selsema.. macam yang adik sedang hadapi sekarang ni?? adus.. pastinya saya akan berada dalam keadaan yang sangat2 tak selesa.. huhu.. x bestnya.. kena cepat2 makan ubat.. n hope cepat2 baik.. huhu.. L



Thursday, December 9, 2010

MENGAPA KERJA DENGAN KERAJAAN MENJADI PILIHAN?

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi?
[baca lagi] Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

 

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 3 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!


8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya.


Read more: http://jomss.blogspot.com/2009/12/mengapa-kerja-kerajaan-menjadi-pilihan.html#ixzz17cIYmrPd

Saturday, December 4, 2010


PUTARAN KEHIDUPAN

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa, derita, sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Punya putaran tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia
Pastikan kau ketemu...

Thursday, December 2, 2010

TRANSFORMASI...


a ~> b
1 Disember 2010...
satu transformasi telah berlaku..
semoga perubahan tersebut menuju ke arah kebaikan...
InsyaAllah...amin..

Wednesday, December 1, 2010

ANTARA HATI, KASIH, SAYANG DAN CINTA..

HATI:
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?



KASIH:
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anje.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :

(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you luv me, I luv you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... semua dapat, mesti ada!
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul tu..dia saje.
A = ada macam takde, bagi anak reti ler.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh hampir setiap masa.


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.



TETAPI YG SEHARUSNYA ADALAH
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suami pun
tak cari ganti.


K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman.

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami

A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama

G-Gaduh sesekali tu perkara biasa.

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, InsyaAllah bahagia membawa ke syurga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...