~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

SUKA DUKA KITA...


Smlm, aya x dpt tdo..
Sbb apa plak?
Ermm… setiap kali si dia dtg sini, mlm tu mesti aya x dpt tdo?
Mungkin sbb terlalu excited nk jumpa kot..hihihi
Kedengaran hujan turun dengan agak lebat kat luar tu..
Time tu, leh plak terpikir, kalau dah hujan camni, mesti padang basah, so mesti latihan rumah sukan akan dibatalkan…weehoo…
Bleh la aya dating ngan si dia lama2 sket..
Kul 5 lebeh, hujan still lum berhenti..
Masih renyai2..
Aya pun bangun & siap2 nk p amik dia kat stesen bas..
Dia kata dah sampai..
Kul 6.30, aya dah kuar p amik dia..
Hohoho.. awalnya..
X penah2 aya keluaq seawal ni..
Tp, demi si dia yg ku syg, sanggup tu..haha
Eh, eh, dia ada bawakkan kopok lekor la..
So, kena la balik hantar kat umah dulu..
Nk simpan dlm peti sejuk..
Pastu, terus gerak p skolah.
Aya x bwk keta masuk kat dlm skolah, coz x nk org nampak si dia..
Kang heboh plak..huhu
B4 kul 7 dah sampai kat sekolah..
Mak aii, awalnya..
Xpa2…bagus la dtg awal..hehe
Then, kelas berjalan seperti biasa..
Hujan pun kejap berhenti, kejap hujan balik..
Bila la nk ada announcement mengatakan latihan sukan dibatalkan???
Tiba2 kedengaran suara Incik Sapik..
“Perhatian kpd guru2 & murid SKSK. Latihan rumah sukan pada petang ini DIBATALKAN. Harap maklum….”
Weeehoooo!! Saya sngt suka…

Kul 12 lebeh, aya call suh dia amik aya.
Time tggu dia, pak guard tu bleh kata:
“Hari ni hasben amik lambat ke cikgu?”
Aya pun tersipu2 malu la..ngeee
Pastu, kami terus p lunch kat simpang 9.
Mkn hidang: nasi, ayam percik, kari perut, kerabu tauge, somtam & salad.
Sgt sedap..nyam..nyam…
Next, dia hantar aya balik umah & dia p slt Jumaat.
Kat umah, aya ingat nk kemas umah la kan…coz mlm nnti gf kwnnya akan tumpang bermalam kat umah aya..
Tp.. aya tertido lak..
Terjaga dah dkt kul 3.
Aya pun gitau dia suh amik aya after Asar je..
Lepas dah siap kemas2, aya pun siap2 tggu dia dtg amik..
Kul 5, kami p pusat Bandar.
Pusing2 cari cadar baru..hehe
Then bwk dia p pasar mlm.
Lpas pusing2 kat psr mlm, kami singgah mkn kat Char Koe Teow Omaq….yammy..sungguh sedap.

Dh nk Maghrib, aya suh dia hantaq aya balik umah.
Pesan kat dia, amik aya bila kwn2nya dah sampai..
Sbb dia kata, kwnnya akan sampai dlm kul 7lebeh..
Sebenaqnya, aya x caya pun yg kwnnya akan sampai kul 7 lebeh.
Mana mungkin bertolak dgn bas dr KL kl 4.30 akan sampai d PB kul 7 lbh..
Tp, x nk gaduh punya pasal, aya senyap je la..
Terpaksa pendamkan hasrat nk p jln2 kat Jusco dulu sementara nk tggu kwnnya sampai..huhu

Lepas Isyak, dia ajak aya kluar.
Katanya x tau lg diorg nk sampai kul bpe.
Dia kata kul 7.30 td, diorg baru sampai kat Tg Malim.
Hah?? 7.30 baru kat Tg. Malim?? Huhu
Alamatnya, lmbt lg la nk sampai PB.
Aishh..geramnya aya kat dia.
Knapa dia x gtau aya awal2?
Kalau x, kul 8 dah bleh gerak p jln2 kat Jusco dulu.
Terus aya merajuk…merajuk sbb geram sgt2…huhu
Aya tahu, bukan senang nk jumpa mcm ni..
Aya x patut bazirkan masa dgn merajuk..
Tp, aya gagal mengawal emosi aya…huhu
Awak, maafkan aya…
 
 
Last2, lepak je kat kedai mamak.
Dah kul 11.30 baru kwn dia call gitau dah sampai.
Then p amik diorg.
Lpas hantar diorg kat hotel, aya & gf kwn dia terus balik rumah.
Tp gf kwn dia ckp lapar..
Adeh, kat umah mana ada mknan.
So, ajak diorg kuar mkn dulu.
Time tu, aya dah ngntuk giler..
Dah dkat kul 1 baru balik umah.
Gf kwn dia terus tdo.
Tp aya x leh tdo.
Pusing kanan, pusing kiri..
Tengok jam dah kul 1.30..huhu
Aishh… knapa x leh tdo plak ni?
Xpe la… sat g tetido la kot..
Teruskan berbaring n hope aya akan tertidur…
ZzzzZZzz….

Wednesday, April 27, 2011

INGIN MENGETAHUI TENTANG WANITA?




1.    Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 


2.   Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.   Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4.   Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.   Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.   Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.   Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8.   Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.   Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11.  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13.  Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14.  Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15.  Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17.  Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 

18.  Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.  Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, April 26, 2011

PERTANYAAN UNTUK CINTA


"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?


Itu bukan Cinta, itu SUKA. 

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU. 

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. 

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN. 

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. 

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. 

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. 

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA. 

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. 

Tetapi 

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA. 

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA. 

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA. 

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA. 

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA. 

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA. 

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Monday, April 25, 2011

PAYAHNYA MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI



Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.

Wallahualam

Sunday, April 24, 2011

10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI UNTUK ORANG TERSAYANG

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahumereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Saturday, April 23, 2011

AISHHH, KAWAN AYA YANG SORANG NI....

Pg td, bangun solat Subuh kul 6.00 pg.
Selesai solat, rasa cam awal lg..
Gelap gulita je kat luar tu.
Teringat nk mengkoling2 incik tu..
Ntah dah bangun ke belum..
Bila aya call, betul la sangkaan aya..
Dia lum bangun lg..
So, aya suh dia bangun.
Masa nk tamatkan panggilan tu, aya sempat ckp kat dia yg semalam aya msg2 dgn kwn dia tu after aya ckp nk tido...hehe
Lepas dah suh dia bangun, aya rasa cam ngantuk je...
Then, aya pun sambung tido..
Terjaga kul 8 lebeh, aya call dia lg..
Dia mesti ngah tido gak..
Ahhhahh, dah agak dah..
Tapi..... suara dia len mcm jerk..
Aishh, awat plak ni??
Biasanya, even aya call time dia tengah tido pun, dia x mcm tu..
Adeh.. kenapa ni? Huhu...
Lama2 baru dia ckp, yg dia terasa hati dgn aya..
Terasa hati sebab apa lak? (aya tanya)
Pastu baru la dia gitau..
Rupa2nya, dia betul2 percaya yg aya msg dgn that guy.
Adusss, mana ada...
Tadi tu aya gurau je la...
Pujuk punya pujuk, mujur la dia cepat cair..
Dah ok....hehe.. Alhamdulillah...

Pastu aya pun lakukan rutin hari Sabtu mcm besa.
Basuh baju, ampaikan baju n mcm2 lg la..
Tetiba tengok ada org call kat number 013..
Tp x sempat nk jwb, dah berhenti.
Eh, sapa plak?
Number tu xda pun dlm fon aya..
Ahh, biar la..
Org salah number kot.
Kalau dia betul2 nk ckp dgn aya, nnti mesti dia call lg.

Kul 5.32, fon yg number 013 tu berbunyi lg..
Number yg call pg td la..
Aya pun jwb..

“Hello, assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam... sapa ni?
“Aku la...Elia..” (c Elia ni, ayahnya keja polis. Dulu duk kat berek polis la..)
“Oooh.. aku ingatkan sapa la yg duk menkoling2 aku td.. ha, awatnya??”
“Ni aku nk bgtau, jiran aku dulu ada kenal dgn sorang makcik tu. Makcik tu laki bini keja polis gk la..”

Dalam kepala aya, x da lain, budak ni mesti nk suh aku berkenalan ngan seseorang lagi la ni....aduyaiii...huhu

Dulu dia kata nk kenalkan dgn adik ipaq dia.
Tapi, x jadik..
Skrg dgn org len plak la ni...aishh...

Dia pun sambung cerita..
“Mak cik tu ada anak laki. Lulusan universiti dr Jepun. Tapi aku x tau la dia keja apa.. Tadi aku dah bg number fon ang kat jiran aku tu. Nnti dia bg kat laki tu. Ang kenal2 la dulu ngan laki tu. Mana la tau, dia tu jodoh ang...”

 “waaaa... ang ni Elia... kan ang dah tau aku dah ada org len? Awat yg ang still nk kenen2kan aku dgn org len lg?? Huhu”
“La... ang kenal2 la dulu.. kwn2 dulu. Mana tau kot serasi..”

Kenapa la budak ni suka sgt jadi matchmaker ye???

Huhu... whatever la Elia..
Aku x rela...
Aku dah ada dia.
Aku sayang dia.
N aku tahu, dia pun sayang aku jgk.
Aku dah x kisah ang nk kenalkan aku dgn someone yg grade dr
Universiti Jepun ke, Universiti Oxford ke...
Yg aku tau, aku cuma nk dia...huhu
X mahu yg lain!!!
Sbb aku sentiasa berharap untuk bersama dengan dia je...
Kalau ang betul2 dah x sabaq nk tengok aku kawen, baik ang doakan semoga aku & incik yg aku tengah syg ni bersatu cepat2..
Doakan semoga segala urusan untuk kami hidup bersama dipermudahkan olehNya Yang Maha Kuasa...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...