~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ~kIsAh KaMi~. Show all posts
Showing posts with label ~kIsAh KaMi~. Show all posts

Monday, August 8, 2011

OUR 1st ANNIVERSARY...

Setahun yang lalu, aya mengalami masalah tentang hati dan perasaan dengan seseorang. Arghh, tidak perlu diingat kisah duka itu.

Tanggal 8.8.10, aya telah menegur seorang lelaki di laman muka buku.
Sbb apa aya tegur dia??
Ntah, mungkin kerana takdir.
Pada masa tu, dia juga sedang mengalami kelukaan yang sama seperti mana yang aya rasa.
Cmna aya tahu??
Berdasarkan status2 & nota2 di FBnya itu.
Saban hari, kami sering berbalas mesej melalui FB.
Sama2 meluahkan isi hati, berkongsi rasa, saling menasihati & mcm2 lg.
Sedar x sedar, kami makin rapat.
Walaupun tidak menyatakan rasa cinta, namun rasa kasih & sayang semakin mekar di hati.
Dan hari ini, genap setahun hubungan kami.
Pelbagai pahit & manis telah dilalui bersama.
Siang & malam, aya berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan kami untuk hidup bersama hingga ke akhir nyawa.
Semoga ikatan yang terjalin sentiasa di bawah rahmat & redhaNYA. Amin Ya Rabbal Alamin…


Kepada insan tersebut, ingin aya katakan bahawa aya sangat menyayangi awak. Terima kasih kerana telah membuatkan 364 hari yang telah kita lalui bersama ini sentiasa diwarnai dengan kebahagiaan..

Selamat Ulang Tahun hubungan kita yang pertama.




























Aya sayang awak sangat2….

Wednesday, June 8, 2011

SEPLOH...

Assalamualaikum kepada sume yg sdg membaca n3 ini.
Hohoho.. dah berkarat rasanya blog ni coz dah lama cik aya tidak meng’update’kan blog ni kan…
Bkn pe, kdg2 rasa cam agak malas lak nk mengarang ayat..huhu.
Pada hal, kalau nk ikut, punya la byk citer2 best yg nk ‘dicatatkan dalam diari ni’..hehe
Tp, memandangkan mls nk menaip, so aya pun terpaksa la memendamkan hasrat n keinginan utk meng’update’ kat blog ni.
Walau bagaimanapun, hari ni aya merajinkan diri jgk utk mencoretkan sepatah dua kata coz hari ni ulang bulan hbgn kami yg ke-10…
So, utk si dia:-
“Slmt ulang bulan kita yg ke 10…
Smoga hbgn kita kekal hingga ke akhir hayat..
Tq coz sentiasa menyayangi saya..
Saya pun syg awk sgt2…J

Sunday, May 8, 2011

9 PURNAMA SUDAH BERLALU...



Hari ni, genap 9 bulan hubungan kami.
Dlm tempoh tersebut, sudah 4 kali kami bertemu.

*Terima kasih kerana sudi dtg jumpa aya d sini..
Biarpun awk terpaksa bersusah pyh untuk sampai ke sini, terpaksa berkorban masa, tenaga & wang ringgit, tp awk tetap melakukannya..
Terima kasih, awak..
Aya hargai awak sgt2..

Sudah byk kenangan pahit manis yg kami lalui bersama biar pun usia hubungan ini baru ¾ tahun.
Aya sgt menyayangi dirinya…
Biarpun aya belum memiliknya, namun aya tidak bersedia untuk kehilangannya..
Aya sentiasa mendoakan hubungan ini dirahmati, diberkati & diredhai oleh Yang Maha Esa.
N sgt2 berharap agar jalinan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Semoga dia menjadi lelaki terakhir yg muncul dlm hidup aya…
Walaupun kami tidak boleh selalu bertemu, tp internet dan talian telefon sentiasa menghubungkan kami…
Setiap kali ada masa terluang, kami boleh bersembang, bercerita itu dan ini…
Tq jgk kpd pencipta teknologi itu.
N yg paling penting, syukur Alhamdulillah… kerana telah menggantikan yg dulu dgn dia yg lebih baik untukku..
Jarak beribu batu, bukanlah pemisah untuk hati bersatu…

Awak, aya rindukan awak…& aya syg awk sgt2..
Aya sgt bahagia bersama awak...
Semoga kita sama2 tabah n kuat untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang..
Kerana kita saling memerlukan…

Saturday, May 7, 2011

HARI INI...BOSAN + SEDEH ;(


Hari ni aya sorang2 ja kat umah.
Yda p Grik lg.. nk p ukur baju kawen, katanya..
Aduss.. sangat bosan sekali apabila keseorangan…huhu
Kul 2 lebeh, tingat nk tengok citer Hindustan..
Agak2, dah berapa kurun aya x layan citer Hindustan ye..
Ptg ni ada citer Dilwale Dulhania Le Jayenge…
Dilwale Dulhania Le Jayenge
Layan je la…
Tp, bila tengok citer ni, rasa mcm nk sama je dgn realiti perhubungan antara aya & dia..
Bkn cinta terhalang..
Tp, aya cuma merasakan bahawa mak & ayah belum merestui hubungan kami sepenuhnya..
Sbb diorg lum jumpa dia..
Walau apa pun, seandainya hubungan ini tidak dapat berjalan dengan lancar, aya harap sgt, kami akan sama2 tabah seperti mana hero & heroin dlm citer tu..
Dan sgt2 berharap dia akan melakukan perkara yg sama mcm hero tu..
Berusaha memenangi hati mak & ayah sehingga berjaya..
Insyaallah, aya akan sentiasa bersama dia memperjuangkan hubungan ini…

Then, kul 5.30, dia call aya..
Sukanya bila dia call..
Lama kami sembang..
Tetiba kul 6.30, dengar fon dia yg lg 1 berbunyi..
Lama gak ar dia ckp ngan org yg call dia tu..
Cam serius je..ermmm..
Then, dia sambung ckp ngan aya..
Drpd intonasi suara dia, aya rasa cam dia ada mslh je..
Aya tanya, kenapa??
Dia gitau ada mslh keja.. dia dah termelakukan kesilapan…huhu..
Time tu, aya pun da serba salah..
Nk terus ckp ngan dia sambil tlg dia lupakan mslh or nk biarkan dia bersendirian dulu??
Memandangkan suara dia pun cam da x da mood je nk ckp ngan aya, so aya pun ckp la suh dia tenangkan fikiran dulu…
Aya x nk menambahkan keserabutan dlm kepalanya..

Maafkan aya..
Bukannya aya x nk bersama awak saat awak dilanda mslh..
Tp, aya nk awak tenangkan fikiran, tenangkan hati…
1 yg perlu awak tahu, if awak perlukan aya untuk meluahkan mslh & berkongsi rasa, aya sentiasa ada utk awk…

Monday, May 2, 2011

CUTI2, KITA JALAN2-PART 2

Assalamualaikum kpd anda yg sudi membaca n3 ini…
Now, aya nk citer pasal apa yg berlaku pada hari Sabtu, 1 Mei 2011 sempena cuti Hari Pekerja.
Kul 6 lebeh, incik ku syg tu bkn main bersemangat lg mengejutkan aya bgn.
X sabaq nk p ronda2 Penang la tu…hehe
Sabaq sat na..
Lepas solat Subuh tu baru aya tingat nk tengok GPS, coz nk bwk sat gi.
Maklum la, x tau jln kat belah Penang sana tu…
Tengok2, bateri tinggal 1 bar je..
Ayyakk.. camna ni?
Mana sempat nk cas dlm masa sejam ja..
Kalau nk tggu bateri penuh, alamatnya berjam-jam la jawabnya…aduss..
Then aya gtau kat izir.
Dia kata, “Jom kita p amik gambaq kat tepi sungai dulu, nanti baru balik amik GPS tu.”
Ok…buat mcm tu.
So, lepas dah siap2, aya n elis pun keluaq la p amik diorg berdua tu.
Then kami p amik gmbaq kat tepi sungai Kerian..







Mesti org2 kat situ kata:
“Ish3x budak2 ni…. Pg2 lg dah sebuk bergambaq.”
Haha.. pedulikkan mereka.. J



Lepas dh puas bergambaq, kami balik amik GPS.
Pastu, singgah kat Simpang 9.
Bdk2 tiga org tu nk mkn.
Aya nk minum je la..
Dah habeh mkn, terus gerak ke Queensbay..
Mujur x jamm.
Sampai d QB Mall dlm kul 11.
Kami berpecah.
Aya suh c hilmi ngan elis p jln2 dlm QB tu dulu coz aya nk p mengisi perut jap.

Aya x tau nk mkn apa.
Last2 aya masuk Secret Recipe. (coz tingat janji aya nk blanja incik ku syg tu mkn SR)
Punya la lama aya pikiaq nk mkn apa.
Last2 aya pilih ni.
 

Selesai mkn, kami keluaq.
Diorg nk amik gmbaq kat luaq plak.
 






Then, kami gerak ke Bukit Jambul.
Jln2 sambil soping kat situ.
Dah dkt kul 2, kami keluaq.
Incik izir nk p Snake Temple.
Hah? Buat apa p situ?
Mungkin dah memang Allah x merberkati perjalanan ke Snake Temple tu, kami sesat.
Bukan la sesat sgt. Tp GPS tu bg jln yg x leh dilalui oleh My Brownie. (sbb kecik sgt-kalau naik motor je bleh la…)
So, aya pun ajak diorg p Masjid Negeri Pulau Pinang.
Leh gak sembahyang Zohor..kan bagus mcm tu… J
Then, aya ajak diorg p Batu Feringgi.
Tp, diorg risau tkt nnti terlambat lak nk naik feri.
Kang mslh plak.
So, kami pun decided ke Esplanade @ Padang Kota Lama je.


 Siap nmpk Star Cruise lg...hehe


Dah ada kat Padang Kota Lama ni, rugi la kalau x pekena pasembuq penang yg org kata sedap sgt tuh…
So, aya pun ajak la diorg mkn pasembuq tu..
Tp, rasa cam x leh la nk mkn kat situ.
Xda tempat duduk laaaa…
Xpa2, kita bungkus je la..
Time ni, kemain lg mamat 2 org ni memilih.
Udang la, ketam la, isi ikan, n segala mcm la..

Masa nk bayaq, c elis bayaq dulu yg c hilmi pilih2 tu.
Tau berapa?
RM 26… perghh..
So, diorg suh aya p tlg bayaq yg my incik ku syg pilih2 tu.. (tp dia bg wallet dia la…bkn guna duit aya)
Sbb apa suh aya?

Kunun2, nk suh aya ckp mcm org Penang la..
Kot2 leh dpt harga murah sket..haha
Ok la, aya pun p la bayaq.
Bg la segala mcm benda yg dia pilih kat mamak tu.
Mamak tu pun potong2 n bungkus la.
Then dia kata 41 ringgit.
HAH???? BERAPA?? Aya tnya sekali lg.
Ingatkan salah dengaq.
Mamak tu pun kata sekali lg.
41 RINGGIT…
Hahhh?? Adoiii.. mahainya..
Padahal, juz amik sekoq udang, sekoq ketam n yg isi2 ikan tu brapa keeping tah..
Tp, ni pun dah 4 ploh lebeh.
X penah2 cheq mkn pasembuq yg mahai mcm tu..huhu
Nk x nk, kena la bayaq gk…
Kalau kepsi ke, Mcd ke, Secret Resipi ke @ mkn kat hotel, xpa la jgk..
Dah tau ada service charge la, tax la..
Ni pasembuq kat kedai mamak ja….
Sadis tul…
Melayang 41 hengget…huhu. L
Sayangnya duit…
Mcm nk suh dia cantum2kan balik semua udang, ketam n yg lain2 tu, n nk letak balik..
Rasa x sanggup nk bayaq….tp nk buat cmna..
Da terlambat…
len kali kena lebeh berhati-hati kalau nk mkn pasembuq kat penang…
kalau duit ada sket ja, x yah la duk tingin nk mkn pasembuq kat situ, ye…L

Sunday, May 1, 2011

CUTI2, KITA JALAN2-PART 1


N3 ini sgt pjg.Kalau rasa x larat nk baca, sila ke page lain ye… J

Kul 6.30, incik tersebut telah mengkoling aya.
Dia nk kejutkan aya bangun.
Sbb sat g nk gerak awal utk memulakan misi kami ronda2 d bumi bertuah ni..
Alahai… malasnya nk bangun.
Org baru nk tdo..huhu
Nak x nak kena la bangun gak..
Aishh, mcm x ikhlas je nk bangun..hehe
So, aya pun bangun la dgn penuh bersemangat.
Sembahyang Subuh dulu. (sbb rasa cam dh lewat)
Then, baru mandi & siap2..
Kul 7.45, aya n Elis kuar umah & p amik incik2 berdua tu kat hotel tempat diorg bermalam.
After p tambah minyak keta, kami menghala ke Teluk Batik.
Kul 9 lebeh, diorg dh bising2 ckp lapar coz x brekfes lg.
So, kami pun singgah mkn kat kedai tepi jln d sebuah tempat nama apa tah.
Tp aya x mkn pun.
Ada nasi n lauk je.
Sayur x da pun..
Aissh, x best la nk mkn…
Aya minum je sambil tggu diorg mkn.
Sejam tggu diorg mkn nasi…
Punya la lama…
Kira nasi ke??? Aduyai…
Then, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Batik.
Sampai kat simpang ke Teluk Batik tu, kami singgah lg coz aya dah lapar.
Ye la, time tu dah dkt kul 12.
Perut pun dah bunyi krok krak, krok krak.. (perut bunyi cam tu ke?? Haha)
Lepas pekena nasi + daging msk hitam + sayur kcg goreng + sirap laici, baru la lega sket. Alhamdulillah…
Then, baru la bleh terus ke Teluk Batik.
Sampai kat Teluk Batik, mak aiii….
Ramainya kereta… (eh, silap.)
Banyaknya kereta, ramainya org…
Xpa2, lepas parking, kami pun jln2 tgk org kat tepi pantai…
Bestnya tgk diorg berkelah, mandi, naik banana, (yg ada bot tarik tu) n mcm2 lg la…
Best wooo….
Pastu kami pun lepak2 jap kat bangku kat bwh pokok, amik gambaq n p tgk gerai2 yg ada kat situ.









Yg 2 org kat depan tu, kwn incik ku syg.. Hilmi & Ellis







Pose jap ngan topi kaler pink ni..
Na
sib baik tuan punya kedai sou
nd...hihi
 

Ni aya duk pilih sate ikan.. nnti nk beli bwk balik kg. hehe..



Lopeh tu, kami pun gerak ke Lumut..
Nk p amik gambaq kat Lumut Waterfront jap..hihi






Kendian, kami gerak ke Taiping lak..
Time on the way tu, asyik hujan je.
Kejap lebat, kejap renyai2…
Kami singgah solat kat 1 masjid yg x diingati nama tempat tu coz rasa cam lmbt je nk sampai kat Tepeng disebabkan hujan ni..
Lepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Tepeng melalui jalan Pantai Remis.
Ok gk jln tu, x da la mcm jln Beruas tu..
Tp, cam jauh sket la.. x kesah arr..

Dlm kul 4 lbh, kami sampai kat Zoo Taiping.
Kat zoo pun org ramai sgt2.
Time tu hujan renyai2 lg.
Aisshh, camna nk jln2 kat dlm zoo ni.
Payung ada 1 je. Tp ada 4 org…
Aya dah bising2 x nk masuk.
Tp c mamat 2 org tu punya la sebuk nk masuk jgk..
Aduyai..
Ok la, ok la…
Jum masuk..
P beli tiket dulu, k..
Then, beli jagung.. nk mkn kat atas ketapi nanti..hehe

Dah masuk, mmg betul la org ramai.
Yg beratur nk nek ketapi tu pun ramai sgt.
Pjg tul nk kena beratur.
Xpa, sabaq2..hehe.
Mujur la ketapi yg disediakan pun byk.
Mungkin diorg mmg sediakan byk2 coz hari ni kan cuti.
X lama lepas tu, kami pun dpt la nek ketapi tu.
Pusing 1 zoo tu…
Dah turun dr ketapi, budak2 ni ajak jln2 plak.
“Nk tngok2 kwn lama,” katanya..hahaha
Ok, kita jln2 sambil amik gambar, ye…

Kul 6 lebeh, mungkin diorg dh puas tengok “kwn2 lama” tu, so kami pun keluar la dr zoo tu.
Tp sebelom tu, meh kita amik gambar kat pintu masuk zoo ni dulu..



Pastu, kami menuju ke Tesco.
P solat Asar & Maghrib dulu.
Then, soping2 kat Tesco.
Time ngah jln2 dlm Tesco tu, aya nampak “Jumbo Big Onion”.
Besar ngat… x penah nampak bawang sebesar tu b4 this..
Lepas byr, aya rasa lapar la..
Ajak incik ku syg p mkn kepsi.
Dia nk mkn “ciken cop” yg baru tu.
Tp, bg aya, x sedap pun..
Indah rupa dari rasa…huhu
Bila dh kenyang, kami terus balik.
Sampai kat PB, terus p kat Along Char Koe Teow tu.
Bkn nk mkn Char Koe Teow kat situ (sbb aya x suka Char Koe Teow situ. Rasanya cam hangit je…huhu), tp aya tingin nk mkn otak2..
Tp, alangkah sedehnya, otak2 tu dah habes…waaaaaaaaa. L
So, kami pun p mkn kat Char Koe Teow Omaq je la..
Selesai mkn, aya p hantaq mamat 2 org tu balik hotel.
Then, aya & Elis terus balik umah.
Sampai je, mandi & solat Isyak.
Pastu elis terus tido coz keletihan yg amat sgt.
Tp aya, sempat duk layan internet dulu…hehehe
Pg sok nk gerak awal dlm misi ronda2 Penang lak.
So, kena la tdo…
ZzzzzZzz
Sekian dulu cerita kali ini, wassalam….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...