~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2011

OUR 1st ANNIVERSARY...

Setahun yang lalu, aya mengalami masalah tentang hati dan perasaan dengan seseorang. Arghh, tidak perlu diingat kisah duka itu.

Tanggal 8.8.10, aya telah menegur seorang lelaki di laman muka buku.
Sbb apa aya tegur dia??
Ntah, mungkin kerana takdir.
Pada masa tu, dia juga sedang mengalami kelukaan yang sama seperti mana yang aya rasa.
Cmna aya tahu??
Berdasarkan status2 & nota2 di FBnya itu.
Saban hari, kami sering berbalas mesej melalui FB.
Sama2 meluahkan isi hati, berkongsi rasa, saling menasihati & mcm2 lg.
Sedar x sedar, kami makin rapat.
Walaupun tidak menyatakan rasa cinta, namun rasa kasih & sayang semakin mekar di hati.
Dan hari ini, genap setahun hubungan kami.
Pelbagai pahit & manis telah dilalui bersama.
Siang & malam, aya berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan kami untuk hidup bersama hingga ke akhir nyawa.
Semoga ikatan yang terjalin sentiasa di bawah rahmat & redhaNYA. Amin Ya Rabbal Alamin…


Kepada insan tersebut, ingin aya katakan bahawa aya sangat menyayangi awak. Terima kasih kerana telah membuatkan 364 hari yang telah kita lalui bersama ini sentiasa diwarnai dengan kebahagiaan..

Selamat Ulang Tahun hubungan kita yang pertama.




























Aya sayang awak sangat2….

Sunday, August 7, 2011

KISAH TRAGIS LAPTOP SAYA...

Assalamualaikum saudara saudari sekalian alam..….
Ish, ish, ish…. Banyaknya sawang.

Hermmm…. Itulah yang terjadi apabila cik owner sudah lama tidak menghapdetkan belognya…

“Cmno la den nk hapdet. Laptop den ni ha.. sakit. 
Mulo2, semut masuk.
Lpas hantar p kedai, asyik duk hang je..
Last2 kena hantar p service center sbb dikatakan telah mengalami kerosakan pd mother board. Nk xnk, kena la masuk sepital doket 2 bulan.” Huhu..

But now, my lappy sudah sihat walepat liat (bak kata Azira dlm Nora Elena) hehe…

Sooooo…. Bleh la den kembali meluahkan isi hati den d sini..hihi

Untuk kali ni, aya x nk cita pasal apa2 coz rasa cam x brapa rajin nk menaip panjang2..

Juz nk gitau ni…
Selama hampir 2 bulan laptop ni x da, rasa cam x best sgt.

Mana x nya, siang mlm asik ngadap laptop ni je.

Bila dia x da, terasa kehilangan, kesepian n kesedihan la…huhu

Tq sgt2 diucapkan kepada DIKSU yang telah banyak membantu dlm usaha merawat laptop ni.

Mujur la masa beli laptop ni dulu aya extend waranty 3 years.

So, bila mother board nya rosak, x yah la aya bayar.

Kalau x, melayang la rm600…huhu.

Skrg ni mmg syukur sgt2 sbb my lappy ni dah sihat n laju sgt..
Best wooo....

Wednesday, June 8, 2011

SEPLOH...

Assalamualaikum kepada sume yg sdg membaca n3 ini.
Hohoho.. dah berkarat rasanya blog ni coz dah lama cik aya tidak meng’update’kan blog ni kan…
Bkn pe, kdg2 rasa cam agak malas lak nk mengarang ayat..huhu.
Pada hal, kalau nk ikut, punya la byk citer2 best yg nk ‘dicatatkan dalam diari ni’..hehe
Tp, memandangkan mls nk menaip, so aya pun terpaksa la memendamkan hasrat n keinginan utk meng’update’ kat blog ni.
Walau bagaimanapun, hari ni aya merajinkan diri jgk utk mencoretkan sepatah dua kata coz hari ni ulang bulan hbgn kami yg ke-10…
So, utk si dia:-
“Slmt ulang bulan kita yg ke 10…
Smoga hbgn kita kekal hingga ke akhir hayat..
Tq coz sentiasa menyayangi saya..
Saya pun syg awk sgt2…J

Tuesday, May 17, 2011

MY DINNER-->SPIRAL GORENG

Td, masa singgah kat The Store, aya ingat nk beli bhn2 utk msk spaghetti mlm ni.
Bhn2 yg len sume dah ada, tp daging cincang Ramly xda lak..huhu
X jadik la nk msk spaghetti...huhu
So, aya pun beli spiral.
Leh buat spiral goreng utk mkn mlm…hehe
Then, sambil tengok cite Nora Elena kat tv3, aya pun msk la spiral goreng tu..
Nk tengok spiral goreng yg dah siap msk tu??
Haaa…inilah dia…
Sgt sedap...
Nyami..nyami… J


Ada lebeh sket.
Esok bleh la bawak bekal p sekolah...
Leh jimat duit coz x yah p beli kat kantin...hehe

JLN2 D TEPENG WIF CIK YDA

Assalamualaikum kpd pembaca sekalian…
Hari ni lpas solat Subuh, da x tdo da..
Nape ek?
Coz nk teman cik Nur Wahida a.k.a my hosmet p servis kereta beliau kat Tepeng…
Kami p 2 kereta (coz nnti bleh tinggal je keta yda utk diservis n leh p jln2 dulu by My Brownie Cayang..hehe)
Keluar dr umah kul 7 lebeh, singgah isi minyak n drive slow2 je ikut jln lama.
Sampai kat sana, kul 9.
Lpas yda dah setelkan pasal nk servis keta tu, kami p brekfes dulu kat McD d Taiping Sentral.
Selama ni duk tengok je iklan yg set brekfes tu (x leh nk p mkn coz weekdays. Weekdays kan kena p keja…)
So, hari ni, dpt la merasa..
Kami pilih set A.
Ni haa, nengok dulu gambar kami ni..hehe

yg 3 gambar ni, sebelum kejadian brekfes tersebut...hihi


Cik yda yg dah x sabaq nk mkn...hehe


ni plak gambar selepas kejadian...hehe


Then, lepas mkn, kami jln2 jap kat TS tu & Tesco.
Dlm kul 10 lebeh, aya gerak ke Tmn. Saujana Jaya.
Nk p umah Kak Sal.
Kak Sal tu dulu PPM kat prasekolah tempat aya prktikal d SK. Tmn Panglima.
On the way nk ke umah dia, kami sempat p tengok SKTP, siap amik gambaq kat depan skolah.



Then p lalu kat depan umah sewa kami dulu..
Waaaa… bestnya mengimbau kenangan lalu.
Rasa mcm baru je duk situ..
Tp, sedar x sedar, dah lebeh 2 tahun berlalu…

Then, kami terus ke umah Kak Sal.
Dah sampai kat umah dia, sembang2 kejap.
Ingat nk singgah kejap je, alih2 dia hidangkan nasi n ajak kami mkn skali…
Adeh, segannya..
Tp, dah org jemput, x kan nk tolak, kan…
X manis plak.. 
So, kami pun mkn la..
Tp, aya mkn sket je.
Coz masih kenyang mkn yg brekfes td.

Dah selesai mkn, sembang2 sket lg.
Then, kami mintak dir ink p amik kereta yda yg dah siap diservis..
On the way tu, sempat lg singgah window shopping kat The Store n kedai2 yg ada kat area tu..hehe
Tp, xda beli apa2 pun…haha
Pastu, kami p amik keta yda n ingat nk terus balik je.
Tp, yda cadangkan ajak singgah kat The Store Kamunting jap.
Aya ok je..
Aya ingat nk beli handbag n kasut.
Tp, x da pun handbag yg berkenan d hati.
Dah dekat nk balik tu, aya p tengok2 kat area kasut.
Alih2, ada 1 kasut jenama Sentini yg menarik perhatian.
Aya pun try.
N then, aya decide nk beli je kasut tu..
So, aya pun beli la kasut tersebut yg berharga RM 39.00…

Kira hadiah utk diri sendiri sempena Hari Guru..hihi
Dah aya n yda rasa x nk beli apa2 dah, kami pun balik la..
Masa nk kelauq dr The Store tu, hujan punya lebat.
N sepanjang jln nk sampai ke umah ni, hujan..
Lebat sgt2 sampai dah mcm x nmpk jln.
Tp, syukur Alhamdulillah, kami sampai kat umah ni dgn slmt…
Syukur sgt…
Sekian, wassalam… J

* Tq to Miss Yda coz ajak aya p Tepeng hari ni... best sgt.. J

Monday, May 16, 2011

MY 2ND TEACHERS DAY



Sejak beberapa hari ni, aya agak kureng ok sket.
Y??
Coz aya nk kena jd MC (Microphone Crazy-gila maik mcm Pak Jabit….hahaha)
Tp,  aya x suka jd MC.
X nk sgt2..
Tp, terpaksa…huhu
Bgn je pg td, terus rasa cam arrgghhhhh… xnk p skolah.
Tp, nk x nk, kena p jgk..huhu
Masa aya sampai d sekolah, x ramai lg ckgu n murid yg dah sampai kat sekolah tu..
X lama lepas tu, baru la ramai yg sampai..
Then, dlm kul 8, majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah kami dimulakan dgn bacaan yaasin.
Cikgu cikgi n budak2 sekalian berkumpul dlm dewan n baca yaasin sama2.
Dah selesai baca yaasin, majlis diteruskan dgn murid2 memberikan hadiah n bersalam dgn sume guru…
Aya kena jd MC masa niutk panggil murid2 dtg berjumpa dgn cikgu cikgi yg ada d hadapan mengikut kelas masing2..
Haa, lopeh tu, ada sukaneka lak.
Yg terlibat: GB, PK-PK, guru n staf sokongan yg dibahagikan kpd 4 kumpulan.
Meriah la gk. Main suka2…hehe
Sementara nk tggu acara seterusnya, ckgu n murid2 Pend. Khas berkumpul n potong kek yg telah dibagi oleh mak Izzat.
Ni la ghupa kek tersebut…
 sedap kek ni...

Pastu, kul 11, sume guru n murid kena berkumpul lg sekali kat dlm dewan.
Time ni la yg x best. Coz aya kena jd MC lg..adoii..
Mmg la aya x ketaq sampai menggigil pegang mikrofon.
Tp, aya cam blurrrr je… x tau nk ckp pa..huhu
Pengalaman pertama jd MC utk acara mcm ni…
Sungguh sadis.
Lepas acara bacaan perutusan, ada persembahan multimedia n persembahan murid.
Kemdian, acara yg ditunggu2 iaitu penyampaian hadiah.
Utk acara sukaneka, kumpulan aya dpt nombor 4..huhu..
Kami ada buat tukaq2 hadiah sesame cikgu.
Aya dpt hadiah tuala n buku bertajuk Penenang Jiwa drpd PK Kokurikulum…
Tgk org len dpt hadiah yg lg best, waaaaa…jelesnya saya.
Tahun ni, murid2 aya ada gak yg bg hadiah.. x da la byk mcm yg ckgu perdana dpt, tp syukur la..
Ni sume hadiah yg aya dpt..
mug-ibu Danish 
tempat letak pen-mak Kusala Devi
keronsang-ayah Nabilah
yg berbalut merah-yg tukaq2 hadiah (from PK Koku)
bunga n hadiah berbalut kaler pink-mentee tahun 6
yg berbalut kaler ungu-PIBG
buku-BKGK sekolah
frame-Balqis
kain songket-istimewa drpd Kak Dayah (sepatutnya tiada kena mengena dgn hadiah hari guru...ada kisah d sebalik pemberian oleh k.dayah ni..biar la kami je yg tahu...)

Gambaq2 kat bwh ni plak, gambaq aya n cikgu2 semasa majlis berlangsung…
 aya & kak niza

 murid2 bersalaman dgn guru sambil memberikan hadiah

MC x bertauliah...

ngah nyanyi lagu Kami Guru Malaysia... 

  ngah baca Ikrar Guru... c Muhammad n Zainuddin yg nyibuk sama...

Bila dah jd cikgu ni, baru la aya dpt merasai perasaan sebenar seorang guru yg sentiasa berusaha utk mendidik anak bangsa menjadi insan yg berguna.
Terima kasih yg x terhingga kpd semua guru2 yg pernah mencurahkan ilmu kpd aya terutamanya cikgu Rohaya (cikgu tadika KEMAS), cikgu2 d SK Putra, cikgu2 d SMKSH, pensyarah2 d UPSI n kpd semua yg pernah mendidik aya, TERIMA KASIH, CIKGU… J


*gambaq--> credit 2 cik dayah.

Sunday, May 15, 2011

KOE TEOW BANDUNG STAIL CIK AYA + SIRAP


Assalamualaikum kpd cik, puan @ incik yg sdg membaca n3 ini.
Nk citer sket..
Dah dkt nk Subuh td, aya terjaga.
Perut memulas je..adusss..
Terpaksa berjumpa dgn incik Tan..
Sampai ke Subuh rasa pedih je perut ni..
Ntah sbb apa la plak..huhu
Lpas solat Subuh, aya sambung tdo (coz nk cover balik yg duk jaga mlm td tu..hehe)
Kul 8 lebeh, terjaga.
Tingat janji nk teman k.ika p Karnival Belia kat Dewan Merdeka.
Cmna nk p?
Sakit perut lg ni..
Nk x nk terpaksa la gitau k.ika yg aya x dpt nk teman dia..huhu
Sowie sgt2 ye, k.ika…
Aya x sengaja...huhu 

Then, lepas melakukan rutin biasa pd hujung mggu iaitu membasuh baju, aya pun mula la mengadap lptop..

Kul 12, terasa lapaq.
Nk mkn apa ey??
Tengok apa ada dlm peti sejuk…

Haaaa, nk msk koe teow bandung la..
So, aya pun mula la memasak sorg2..
N hasilnya….
.
.
.
.
.
.
.
.
 Koe teow bandung stail cik aya + sirap…

Now, jum la mkn hidangan yg agak sedap ini sama2 ye…ngee..

Saturday, May 14, 2011

KAK IKA BWK AYA P JLN2...


Hari ni k ak ika ajak aya teman dia p kenduri (majlis berendoi) kat umah kwn dia d Bandar di raja @ Kola kangsar.
So, aya pun apa lg… pucuk dicita, ulam mendatang la…hehe
Kami bertolak dr umah k.ika dlm 8. 40.
Sampai kat sana dkt kul 10.
Sampai2 je, tuan umah suh brekfes dulu.
Ada koeteow goreng, bihun goreng, pulut n kueh2..
So, kami pun mkn la dulu..
Then, masuk dlm umah, tgk ada dua org baby kat dlm buaian…
Mak aii… santeknya..
Mcm pelamin org kawen je..
Baby2 kat dlm buaian tu pun cumel2…
 


Ada kumpulan marhaban (geng makcik2 je)

X lama lepas geng makcik2 tu dah habeh, mai kumpulan len plak…
Depa baca yasin n buat marhaban pjg lebaq la jgk..
Tgk, aya pun ada gk..hehe..

Kul 12 lebeh, mkn nasi plak.
Orang ramai kemain..

Sementara duk saja tu, aya n k.ika pun amik peluaq bergambaq kat pelamin nan indah tu bersama ngan baby2 tu..
Ni la gambaqnya…






Dlm kul 2, kami pun mintak diri..
Otw balik, kami singgah tepeng sentral.
Niat d hat ink p tgk cite kungsi.. Kongsi.
Dgn gaya sopan, ayu berbaju kurung, kami pun p la beli tiket.
Time tu baru kul 3 lebeh.
Tp, kami hanya bleh dpt seat yg dkt dgn skrin.
Baris ke3 dr bawah.
Adoii.. jenuh la nk kena mendongak ghope hantu kak limah…
Nk x nk, amik je la..
Kalau nk tggu yg lain, ada jgk.
Tp kul 6.45.. lmbt sgt…
Sementara nk tggu kul 5, kami jln2 dulu kat TS tu..
Then, kul 5, kami masuk dlm pawagam, lyn cite ni..
Hohoho… sgt lawak.
But, dia punya jln cerita n ending cam kureng sket..
Dlm kul 6.30 lebeh, cite tu pun habeh.
Lepas solat asar, kami gerak la nk balik.
Otw tu, kami sempat singgah kat pasar mlm Kamunting.
Aya beli kueh akok n nasi kerabu..
Dah lama x mkn 2 jenis mknan tu..
Perghh, sedap tuuu..
Suka ngat..
Very enjoy today..
A million tq to sis ika coz bwk saya p jln2 hari ni…
Nnti bwk lg ye..hehe J

*CREDITS TO KAK IKA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...