~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

FIKIRKANLAH...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!

ANTARA MEREKA DAN DIA...

Sukar sekali kehidupan ini pabila kita tersepit antara dua..


Susahnya untuk memberikan hujah-hujah kiranya diri sendiri tidak mengetahui apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa kepada setiap hamba-hambaNYA di dunia ini.. Apakah mungkin jalan yang ada di hadapan itu secerah yang diinginkan oleh mereka? Atau akan hadir warna hitam setelah warna putih mula pudar serinya?? Diri sendiri tidak tahu. Mereka pun tidak tahu. Dan dia juga tidak tahu..


Bicara ini bukan bererti diri sudah berputus asa. Namun, harus juga diakui bahawa jiwa ini menjadi sedikit lemah untuk melalui ujian yang tidak pernah terduga daripadaNYA saat ini. Sesuatu yang ada di hadapan itu sememangnya tidak semudah yang kita sangka.. Apa yang terdaya, kita perlu berusaha, berdoa, bertawakal dan berserah hanya kepada DIA Yang Maha Esa..


Sungguh benar bahawa kita sebagai hambaNya hanya mampu merencana sedang DIA juga yang menentukan segalanya.. KepadaMU Ya Rabbi, kami sentiasa memohon agar diberkati.  Ya Ilahi, tunjukkanlah kami jalanMU, permudahkanlah urusan kami, berikanlah kekuatan, kesabaran dan ketabahan agar kami mampu menempuhi setiap saat berliku dalam dugaanMU ini.. Amin..Ya Rabbal A'lamin... 

KECELARUAN & KEKELIRUAN...


X tahu nk pilih yg mana 1..

SAGA SE



@

PERSONA ELEGANCE H-LINE...


@

SAGA FACELIFT



sume ada kelebihan & kekurangan masing-masing...
dats y la saya x tahu nk pilih yg mana 1..
adeh.. sakit palo den pikir pasal ni..

Monday, November 29, 2010

RINDUNYA PADA BUAH HATIKU SEKALIAN...HUHU



SD: farah, muadz, ecah & le lek..


SL: wani, rafidah, chui nee, syahira, haziq,
shahir, aidil, athirah & firdaus.


AUTISME: muhammad, nurul & izzat..


                    
           LP: syahirah                                                                        CP: nabilah               

             ADHD: danish                                                                  TA: taufiq

Sunday, November 28, 2010

SESUATU YANG MUNGKIN KITA TAK TAHU @ TAK SEDAR..



  • Sekurang-kurangnya ada 5 org dlm dunia ini yg menyayangi anda & sanggup mati kerana anda.
  • Sekurang-kurangnya ada 15 org dlm dunia ini menyayangi anda dlm beberapa cara.
  • Seseorang yg anda tdk ketahui sedang menyayangi anda.
  • Senyuman drpd anda boleh membawa kebahagiaan kpd seseorang, walaupun dia tdk menyukai anda.
  • Setiap mlm ada seseorang mengingati anda sblm dia tidur.
  • Anda amat bermakna dlm hidup seseorang.
  • Kalau bkn kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup dgn bahagia.
  • Kenangilah segala pujian yg anda terima. Lupakn segala amarah org lain kpd anda.
  • Sekiranya anda merasa dipinggirkn, fikirkn semula; mungkin anda yg meminggirkan mereka.
  • Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang utk mendapatkn sesuatu yg anda ingini, mgkin anda tdk akn memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pd diri sndiri, lambat laun anda akan memperolehinya.
  • Jgn takut utk meluahkan perasaan anda kpd seseorang; anda akan merasa senang bila dia mengetahuinya.
  • Hanya seminit diperlukn utk mendapat seorang teman, sejam utk menghargainya, sehari utk cuba menyayanginya.. tapi, shgga akhir hayat kita takkan dapat melupakannya..
  • Sbb utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  • Apabila anda membuat kesilapn yg sgt besar, ada hikmah disebaliknya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa utk memberitahunya yg dia adalah yg terbaik bg anda..
  • Anda adalah seorang yg istimewa & unik.

GIRL’S  LOVE…

Love the girl in your heart, not in your mind.
If you base your relationship on feelings,
it will fail for there are ups & downs in feelings.

Girls are there to be loved, not TOYED around.
Love her for who she is.
Don't even think about changing any bit about her.
Over 6 billion people in this world & over 6 billion different personalities.
She's special & she will stay that way.
You change any part of her, you'll change her forever.
Don't substitute her for anyone else
they are just unique on their own ways.
Love whole-heartedly.
She sacrificed a lot for you so you'd better really
treassure her.

She could have just got up & date a so much more dashing guy in town
but she chose you instead all because of love.
So love her guys, not play with her.

Don't just get the girl to beg you to stay or whatsoever.
If you're with her, love her.
Don't cause a strain in the
relationship.

You’ll end up loving each other out of pity or charity,
that's not respecting love at all.
Respect love the way it is & everything will be the best it can be.
I've been there & I know how it feels.

Don't expect perfection from her.
She's the only one in the world & she's done the best she could.

Like another girl while you're in a relationship?
Then I think it's time you remain single for a while.
Don't go around breaking girls' hearts, it's the most tragic thing to do.
Tell the truth, never hide anything from her.
If you want her to tell you everything, do the same.

Don't go calling other girls "honey" or "darling",
how would it feel if your girl calls other guys the same way?
Be faithful, enough is enough.

Socialize only when you're single.
You socialize & flirt around is to get the girl of your dreams.
Get it over when she's already yours, don't ask for more.
It never kills to be romantic.
Think, be flexible.
Getting that diamond ring isn't the only gift for her.
Be realistic, she's human & she lives life just like you.
Something sweet & simple always get the job done.
Money doesn't exist between couples, it's the love.

Never promise her that you'll love her forever
because of maybe your forever might end the next day.

Love her as if each day is the last.
Sweet talks only apply for singles, not for attached guys.
Do that & you'll really break your girl's heart.
Isn't good being too well-known too, it'll give her a sense of insecurity.
Remember, INSECURITY.
Promise her & make sure you never break it.
Swear to her & make sure you keep it.
Pledge your love to her & her alone.
Loving her is giving her your heart to break it but trusting her not to.
Instead, she'll cherish it & protect it. That's love.

Give her your heart, your life, your everything.
Lay down your life & prepare to die for her when the need arises.

But stay strong & live through another day, she can never live without you.
Never, ever walk out of her life.
She won't just cry her heart out & carry on living as per normal, she'd die.
It's her heart that you've broken, how would you ever know how she feels?
Winning a girl's heart isn't the final victory.

Don't leave her once you've won her love.
Love her all the way till the end of time, love her till marriage,
love her till old age, love her till death.
If you can love her till the end of time,
you've earned the honor & respect for you've truly loved her.
She chose you because she believes that you can fulfill your promise.
Win her heart & love her over.

Remember, the girl isn't a trophy for display, she's someone to love, not to show off to your "friends".

Stay humble yet proud that she's the one for you.
Respect her for the way she is,
never despise her & never mistreat her,
never even think of toying with her...

                     REMEMBER 4EVER……
  

DI MANA HENDAK DIPEROLEH TEMAN SEJATI??

 
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

ANTARA kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar.


Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda: Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) Kalaulah engkau belanjakan segala (harta  benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana (surah al-Anfal: 63). Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan ajaiban. Mereka hapuskan dalam diari hidup perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah.” Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Sama ada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagi-Nya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan – ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.” Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.”  (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.


Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini. Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredaan-Nya. Mereka menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa- apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang- orang yang beruntung. Adapun orang- orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (surah al-Hasyar 8-10). Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan berasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat. Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas-menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredaan itu dicapai dengan sering tolong- menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?” Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.” Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mi’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Cerita

Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan. Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama Tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti sama ada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan Tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.

Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar dicari. Bukan perniagaan atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan Rasul-Nya maka akan menjadi sangat rakus, biadab, penuh kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh kemunafikan. Kepentingan diri masing-masing kadangkala bagai Tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh Tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau
urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan. Firman Allah dalam surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuan-Nya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?

Betapa ramai orang politik yang dikelilingi para pengikutnya, lalu mereka hilang apabila kuasa tiada lagi. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan  memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu bersalaman. Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.

Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda. Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta. Jika anda hidup dalam iklim sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.

Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman,  anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan. Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa (surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.


Saturday, November 27, 2010

MENGAPA CINCIN PERNIKAHAN HARUS DISARUNGKAN DI JARI MANIS?



Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk (dilipat)ke dalam.

Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya (letak atas meja).

Permainan dimulai, 4 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...

Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati.

Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. 





Real love will stick together ever and forever

Thumb represent parents

Second finger represent brothers & sisters

Centre finger represent own self

Fourth finger represent your partner

Last finger represent your children







Thursday, November 25, 2010

SAYA JUMPA SESUATU...

Hari ni, saya temui sesuatu yg baru..
baru la bagi saya.. bagi orang lain, mungkin benda ni dah lama kot..hehe
x kisah la.. asalkan saya suka dgn benda baru ni..
apa?? nk tahu?? kena la klik link kat bawah ni..hihi

http://www.pagerage.com/


sekian, selamat mencuba...
CINTA ITU INDAH...


Ya, cinta itu indah…
Tp mampu mengundang musibah…
Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong sebaik-baiknya untuk kita terus mencintai ALLAH S.W.T,
Cinta yang hanya kepada ALLAH S.W.T akan menjadikan kita lebih khusyuk dalam solat, bertambah pula ibadat & ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T….
Jika hubungan dengan ALLAH semakin jauh, diri semakin lalai, itu ertinya cinta nafsu, jauhilah zina mata dan hati..

Ya ALLAH, kurnikan kami cinta-mu sebelum kami mengemis cinta manusia. Rahsia kejayaan pejuang agama ALLAH S.W.T ialah menundukkan nafsu yang menguasainya.

Cinta tak semestinya dilafazkan..
Cinta itu wujud di dalam hati, walaupun kita tidak meluahkan rasa cinta itu kepada si dia, itu tetap dinamakan cinta…
Namun, cinta kepadanya tak bermakna kita akan bersamanya…

Kiranya tiada cinta insani untukmu,
cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidup kerana kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai ALLAH sebagai mana cintamu kepada ALLAH…

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu…
Jangan mengharap balasan cinta…
Tunggulah cinta mekar di hatinya
Jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu…

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tapi lebih menyakitkan bila mencintai seseorang yang tidak pernah memiliki keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..

Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia,
sebabnya,
Sewaktu berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang..
Apabila nyata tak dapat, hati berasa kecewa…
Apabila dapat, takut luput pula..


Wednesday, November 24, 2010

TIGA MALAM TANPA BINTANG..



Sudah 3 malam tidur tanpa dia.. rindu dia sgt.. huhu..
Wahai masa, cepatlah berputar.. x sabar nk jumpa dia n bersama dengannya lg..
Diri ini terlalu merinduinya..



Rindu sgt2 pd incik bintang & tuan incik bintang....

PAKU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

13 SIGNS YOU’RE FALLING IN LOVE..


13. You CAN’T STAY MAD at him/her for MORE THAN A MINUTE OR TWO. You actually have to TRY HARD TO STAY MAD.

12. You’ll READ his/her IMS OVER AND OVER AGAIN… 

11. You’ll WALK REALLY-REALLY SLOW while you’re with him/her.…

10. You’ll feel SHY whenever you’re with him/her.. 

9. While THINKING about him/her.. Your HEART will BEAT FASTER AND FASTER…

8. By LISTENING to HIS/HER VOICE… You’ll SMILE FOR NO REASON.. 

7. While LOOKING AT HIM/HER… You CAN’T SEE THE OTHER PEOPLE AROUND YOU.. You CAN ONLY SEE THAT PERSON.

6. You’ll start LISTENING to SLOW SONGS.

5.  He/she BECOMES ALL YOU THINK ABOUT.

4. You’ll GET HIGH just by him/her SMELL.

3. You’ll realize that YOU’RE ALWAYS SMILING TO YOURSELF WHEN you THINK OF him/her..

2.  You’ll DO ANYTHING for him/her.

1. While reading this, there was ONE PERSON ON YOUR MIND the whole time…



LOVE, LOVE & LOVE..


"LoVe iS paTient,
LoVe iS kiNd,
LoVe iS 2 tRusT,
LoVe iS 2 prOteCt,
LoVe iS 2 LisTeN,
LoVe iS hOpE,
LoVe iS 4eVeR.."
miSs HIM sO mUcH...

SOMETHING ABOUT LOVE...


BILA KITA SAYANG ORANG TU....


Bila kita syg org tu, kita terima je apa yg org tu kata..
Tp bila dia kata kat kita? Hati kata x pe, manusia x perfect….
Bila kita syg org tu, kita tnggu dia lame pn x pe,
Tp bila dia tunggu kita? Dia mrh2. Hati kata, ala.. adatlah ada yang menunggu n dtunggu….
Bila kita syg org tu, kita x tdo pn x pe lyn dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan, ada dia lyn kita? Hati kata x pe, dia busy kot…
Bila kita syg org tu, kita call nak ckp ngan dia, tp waiting lak..
Bila jd cm2, hati kata, x pe, mungkin kawan-kawan je.
Bila kita syg org tu kita bercerita dgn dia, ibarat cerita ngan tunggul lg baik…
Tp bila dia bercerita ngan kita, kita dgr, sepatah2 kita ingat…
Hati kata, x pe syg la katakn…
Bila kita syg org tu, kita jadi cam org gila apbila dengar dia sakit.
Tp bila kita sakit, dia siap leh buat x heran je..
Hati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam….
Bila kita syg org tu, kita x prnah ego, tp dia langsung xperasan kat kite.
Hati kata x pe, dia mmg cm2, kena lah trima..
Bila kita syg org tu, kita syg nk tngglkn dia slama2nya, tp dia x tahu kita berdpn dgn ‘maut’.
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita, sakit bese2 jer, jgn nk mengarut.
Hati kata, cmnelah dia bila kita xde, mesti dia hepi.
Bila kita syg org tu, kita x snggup tngk dia derita, tp dia x prnah hargai diri kita,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia?
Bila kita syg org tu, kita snggup tnggalkn dia selama2nya agar dia bhgia, tp adakah dia tahu pngorbanan yg kita lakukan itu?
Berbaloikah kita menyayanginya???



Tuesday, November 23, 2010

WANITA SOLEHAH...



Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,



Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,



Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,



Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...