~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

CINTA ITU INDAH...


Ya, cinta itu indah…
Tp mampu mengundang musibah…
Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong sebaik-baiknya untuk kita terus mencintai ALLAH S.W.T,
Cinta yang hanya kepada ALLAH S.W.T akan menjadikan kita lebih khusyuk dalam solat, bertambah pula ibadat & ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T….
Jika hubungan dengan ALLAH semakin jauh, diri semakin lalai, itu ertinya cinta nafsu, jauhilah zina mata dan hati..

Ya ALLAH, kurnikan kami cinta-mu sebelum kami mengemis cinta manusia. Rahsia kejayaan pejuang agama ALLAH S.W.T ialah menundukkan nafsu yang menguasainya.

Cinta tak semestinya dilafazkan..
Cinta itu wujud di dalam hati, walaupun kita tidak meluahkan rasa cinta itu kepada si dia, itu tetap dinamakan cinta…
Namun, cinta kepadanya tak bermakna kita akan bersamanya…

Kiranya tiada cinta insani untukmu,
cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidup kerana kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai ALLAH sebagai mana cintamu kepada ALLAH…

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu…
Jangan mengharap balasan cinta…
Tunggulah cinta mekar di hatinya
Jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu…

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tapi lebih menyakitkan bila mencintai seseorang yang tidak pernah memiliki keberanian untuk meluahkan cinta kepadanya..

Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia,
sebabnya,
Sewaktu berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang..
Apabila nyata tak dapat, hati berasa kecewa…
Apabila dapat, takut luput pula..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...