Salam sume..
Hari ni, Rabu 19 Jan 2011.
Persekolahan sudah hampir memasuki minggu ke4.
Cepat sungguh masa berlalu.
Ada kalanya, dlm kesibukan yg menghambat waktu, aya hampir tidak sedar tentang peredaran masa yang sangat pantas berganjak..
Tahun kedua menjadi pendidik – aya rasa sudah boleh memahami serba sedikit apa yg perlu ada pada diri seorang guru.
Namun begitu, x dpt dinafikan bahawa terlalu banyak lagi yg perlu aya pelajari. Banyak sangat2.
Tp, x leh terburu-buru.. Let it go slowly.. X perlu kalut.. Belajar perlahan-lahan.. Yg penting adalah kualiti, bkn hanya kuantiti..
Banyak ilmu yg aya dapat apabila menjadi guru Pendidikan Khas.
Namun, aya merasakan masih terlalu banyak lg yg belum aya tahu..
Selain dpt mengenali dan mengetahui tentang kekurangan insan lain, secara tidak langsung aya dpt menginsafi diri dan mensyukuri nikmat kesempurnaan yang dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa.
Syukur Alhamdulillah…
Kerja sekolah pun makin bertambah.. Tugas pun semakin mencabar. Tp, aya perlu hadapi segalanya dengan penuh kesabaran, ketabahan, keberanian & keyakinan pada kemampuan diri.
I know that I can do it..
Kerana ini jalan yg aya pilih. So, aya kena la lalui setiap apa yg ada di hadapan aya ni..
Nk tahu subjek apa yg perlu aya ajar tahun ni?
Haaa, tengok ni…
Sebenarnya, menjadi seorang guru Pendidikan Khas bukanlah satu tugas yg mudah.
Hanya yg melalui bisa memahami..
Tp aya rasa sgt bersyukur sgt2 kerana Allah telah memilih aya utk berada dlm “Dunia Pendidikan Khas”.
No comments:
Post a Comment