~♥~

Daisypath Anniversary tickers

CINTA KITA..

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 12, 2011

RUGINYA... BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI JADI GURU PENDIDIKAN KHAS.. RUGIKAH???


Teacher and proud


'Ruginya..belajar tinggi-tinggi tapi jadi cikgu Pendidikan Khas...'

'Orang-orang yang otak cerdik macam awak ni baik tak payah jadi cikgu la..rugi kepandaian tu tak diguna untuk benda yang lebih bermanfaat..'

'Belajar luar negeri untuk jadi cikgu..cikgu Pendidikan Khas pulak tu..'




Ya Allah..hina sangatkah aku memilih profesion ini sebagai bidang kerjaya daku? Atau mereka yang hina kerana berfikiran seperti itu?

Di sebalik ketenangan bersama anak-anak Khas ini..emosi saya seringkali tewas dalam perbualan berbaur seperti itu.

Guru Pendidikan Khas sering direndahkan tarafnya berbanding guru biasa. Alasannya mudah..pelajar kami tidak sepandai pelajar lain. Pelajar kami tidak akan berupaya menjadi professor mahupun cendekiawan yang mampu meneraju negara.

Saya sangat terkilan dengan pemikiran seperti itu.. Pemikiran yang menafikan peranan guru Pendidikan Khas dalam institusi pendidikan negara. Jauh di sudut hati saya..saya marah. Saya geram. Namun apakan daya..siapalah saya untuk berkata-kata. Lagipun, saya tidak pandai berdebat. Memang dilahirkan begitu.


Tidakkah mereka menilai sifat-sifat kemanusiaan yang perlu ada dalam diri seorang guru pendidikan khas? Sangat berbeza dengan guru biasa. Rendah sangatkah taraf kami ini di sisi manusia? Hanya kerana kami mengajar kanak-kanak istimewa?

Saya akui dan saya sedar bahawa ramai di kalangan rakan-rakan sebaya, sepengajian yang hanya memandang sebelah mata kami pelajar-pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia di UK sana. Iyelah..kami hanya dilatih untuk menjadi guru..berbanding mereka yang dilatih untuk menjadi doktor..jurutera..akauntan dan pensyarah.. Saya merasa cukup rendah hati dengan mereka. Mereka orang hebat berbanding kami guru-guru. Alhamdulillah..

Saya memilih profession ini kerana PASSION..seperti nama blog saya ini.. Inilah PASSION saya..

Masih saya ingat..sewaktu saya mula-mula menerima tawaran KPM untuk program Guru ini.. saya di'provoke' dengan pelbagai soalan dan kritikan..


'Kenapa pilih nak jadi cikgu? Macamlah takde kerja lain..'

'Kalau masuk Kementerian Pelajaran..gaji tak tinggi mana..nak naik pangkat pun lambat..kena tunggu 10 tahun baru naik tangga gaji..'

'Fuzah ni nak masuk jadi warga Kementerian la ni kan..hmmm..teruklah masuk government..tambah-tambah jadi cikgu..tak kemana la..'

'Jadi cikgu..silap-silap kena hantar ke Sabah Sarawak..abesla..'



Saya hanya diam membisu..tak berkata apa-apa... Ayat penyataan seperti itu masih jelas terngiang-ngiang di telinga saya.. Masih segar..dengan berbekalkan ayat-ayat negatif itu, saya tundukkan hati saya supaya saya tahu ke mana arah saya nanti.. Dan berbekalkan ayat-ayat itu saya membina peribadi yang positif..

Saya tidak mahu bergelar seorang guru yang berfikiran negatif.. Saya bangga menjadi guru..mungkin darah itu yang mengalir dalam diri ini... Kedua ibu bapa saya menjadi guru sebagai profession tetap mereka.. Salahkan saya mengikut jejak langkah mereka?? Sekurang-kurangnya..saya akan berusaha menjadi guru yang lebih baik dari mereka..

Dalam meniti hari-hari untuk bergelar seorang guru..Ayah saya banyak memberi inspirasi.. Kata-kata pendorong selalu diberikan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.. Guru bukan sekadar kerjaya untuk makan gaji..ia lebih kepada melahirkan individu-individu untuk menjadi pewaris kepada negara WALAUPUN saya adalah guru Pendidikan Khas..

Janganlah menghina atau memandang rendah terhadap profession guru ini.. Lebih-lebih lagi guru pendidikan khas.. Saya sedar, di kalangan guru-guru biasa sendiri, wujud perasaan memandang rendah terhadap guru pendidikan khas.. Ubahlah mentaliti itu..

Guru pendidikan khas lebih hebat ujian mereka.. Sesungguhnya Allah tidak memandang manusia pada taraf profession kerjaya yang dimiliki..

Apa sumbangan anda dalam memartabatkan profession kerjaya anda itu? Apa SUMBANGAN anda??

Kalau setakat menjadi guru biasa yang mengajar pelajar mendapat berbelas-belas A dalam pelajaran SPM..PMR..UPSR..namun KOSONG dari segi sahsiah..apa gunanya anda menjadi guru??

Didiklah anak-anak bangsa mempunyai akhlak yang baik..punyai peribadi tinggi..punyai nilai sosial yang teguh.. punyai prinsip diri yang mantap.. dan punyai agama yang utuh dalam jiwa.. Itulah peranan seorang guru..
Sama juga guru pendidikan khas..anak-anak pendidikan khas tidak akan mampu bergelar seorang doktor mahupun professor di universiti..namun mereka mampu untuk menjadi insan yang punyai kemahiran kendiri dan berakhlak mulia..kerana mereka insan istimewa..



~copied from: http://mahfuzah98.blogspot.com/2010/08/ruginyabelajar-tinggi-tinggi-tapi-jadi.html *thanx to her...


1 comment:

muhamad hizir said...

mcm pernah baca je..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...